Friday, February 28, 2014

RUMAH - Hood & Hob Warehouse Clearance

Assalammualaikum,

Haritu husband ajak pegi jualan gudang dekat Kepong. Dia ada terbaca dalam surat khabar iklan warehouse clearance untuk alatan eletrik. Kami memang tengah mencari-cari hood dengan hob untuk rumah kami. Walaupun rumah belum start renovate, at least barang2 dah ada. Sampai masa nanti terus pasang je kan? Time tu tak de la kalut2 nak pegi beli barang.


Warehouse Clearance 22&23 Feb 2014

So kami pun pegi la mencuba nasib kalau2 ada hood & hob yang murah. Mula2 sampai tanya kat orang tu kata dah habis untuk harini punya, tinggal stocks untuk esok. Ntah ape2, dah orang nak beli.. bole pulak suruh datang esok. Jauh tau kami datang, dari Cheras ke Kepong. Tapi hubby still tak puas hati, tunggu jugak depan gudang tu. Tanya2 orang situ. Tanya punya tanya kat dorang, skali orang store tu cakap nak kluarkan lagi stocks hood & hob. Kannnn.. malu bertanya sesat jalan. Rajin bertanya ada untungnya :)


ELBA Designer Hood Covo669/90GP
ELBA Glass Hob EGH-9120X

Dan akhirnya kami berjaya membeli hood & hob Elba dengan harga yang sangat berbaloi. Total hood & hob ni RM7++. Harga kat kedai kalau dua barang ni maybe dalam lingkungan RM1.5k. Murah kan? Puashati. Model lama ke model baru ke no problem. Tapi warranty 6 bulan je la. Harap2 takkan ada masalah nnt. Harap2~ Janji barang elok, harga murah, tak hebat mana pun tak apa asalkan boleh digunakan. Bukan aku masak lauk catering pun macam masak beriye. Siang keje, malam dengan weekend je la masak. Alhamdulillah. Tapi setakat ni, Elba salah satu brand yang tahan jugak aku rasa.


So bagi sesiapa yang berpendapat macam aku, yang jenis tak banyak cerewet, yang suka ukur baju dibadan sendiri, bole la try pegi warehouse sale ;) Mana la tau kot2 jumpa barang2 yang nak. Ada jodoh, panjang umur la barang2 tu walaupun dari warehouse clearance~ Jumpa lagi~!!

2 comments: