Friday, October 2, 2015

FOODS - Restoran Terapung HM Sri Bagan @ Bagan Lalang

Assalamua'laikum / Hello.

Kali ni saya nak share kedai makan seafood area Bagan Lalang. Aktiviti yang tak terlalu heavy kali ni. Sekadar jalan2 petang, dari Semenyih ke Sepang. Sambil amek angin laut, sambil bergambar2. Mmg plan nak makan seafood pada sebelah malam. Planning yg terancang nmpknya. Lepas maghrib je terus ke restoran terapung yang terletak disebelah kanan dari pintu masuk, hujung sekali. Ada beberapa lg kedai makanan laut. Tapi kami saje nak try yang ni. Kalau pegi lewat sikit, kena menunggu la jawabnya.. sbb meja semakin penuh :) Ketam ketam ketammmm~

Pantai bagan lalang waktu petang
Amek angin petang
Yang ditunggu2, sunset :)
Lepas sunset, kita tengok langit senja
HM Sri Bagan nama restoran ni
Decor simple
Dah mula ramai orang datang utk makan malam
Semua menunggu pesanan sambil perut berkeroncong
Haaa ini dia yang dicari, tak pasti sekilo brape harga.. dah lupa
Lets eat!!
Ketam masak telur asin. Jgn tengok luaran.
Rupa mmg nmpk biasa, tp rasa dia mantap!
Udang butter prawn ni pun sedap! Serious ;)
Kalau pegi makan seafood tak ada pari bakar mmg tak lengkap
Kerang bakar ni pun size dia tak mengecewakan, kan?

Alhamdulillah, kenyang. Kami order simple2 je. Tak semestinya pegi makan restoran seafood kena perabis duit beratus2 kan? Kami makan 2org tak sampai RM100 pun :D Kot2 la ada yang bercadang nak celebrate ape2 dgn kawan ramai2 ke, big family ke kan.. Restoran ni accept credit card.


HM Sri Bagan
Bagan Lalang, Sungai Pelek, Sepang, Selangor
03-31412895
BUSINESS HOURS : 6pm - 1am


*SELAMAT MENCUBA*

No comments:

Post a Comment