Thursday, December 24, 2015

FOODS - Tiptoplicious @ Kg. Gajah

Assalamua'laikum,
Kami on the way balik kampung. Sambil tu singgah kedai client kami. Kedai batu tepi jalan besar depan Agro Bank Kg. Gajah. Berdekatan dengan Shell. Terang2 boleh nampak bunting Tiptoplicious.

Gaya silang panggung tapi bukan tokey kedai 😂😂😂
Haaa ni dia Hazelnut Coffee BiG Cup!!
Sedappppp.. Minum plak tgh panas.. Fuh!
Banner design by saya (Juzy Creative)
Yg ni design by Juzy Creative

Saje2 je buat review ni. Sambil2 tunggu order Mee Udang Special kat Kuala Kurau ni. Nnt dah makan, saya buat review 😊👌🏼

*selamat mencuba*

Tuesday, October 27, 2015

FOODS - Kebaboom Grill @ Semenyih

Assalamua'laikum / Hello

Semalam saya try foods truck dikawasan rumah saya. Masa permulaan mereka buat free trial makanan mereka saya tak sempat merasa. Time datang tu dah habis. Lokasi di Taman Pelangi Semenyih, area Seng Heng dan berhampiran dengan Pawang Char Kuey Teow dan Kacang Pool JB. Lets try! Bagi saya, agak tidak mengecewakan. Harga yang berbaloi. Yang penting, ada root beer float :)

Malam masih muda, orang tak ramai lg masa ni..
Food truck Kebaboom Grill
Mix grill with mix sauce.. Sedap.. Pedas sikit :)

*SELAMAT MENCUBA*

Thursday, October 22, 2015

FOODS - Wadihana Islamic Steakhouse @ Bangi

Assalamua'laikum / Hello

Suka steak? Saya nak share islamic steakhouse di Bangi. Baru 1st time nak try Wadihana Islamic Steakhouse. Terletak di Bandar Baru Bangi. Tak susah pun rasanya kalau nak carik kedai ni. Kami pegi dlm pukul 8malam, keadaan kedai agak free.. Tapi, tak lama lepas tu.. kedai mulai ramai pelanggan datang untuk makan malam. So kalau nak datang, kena datang awal sikit je dari dinner time. Kalau tak, nnt kena berdiri tunggu orang habis makan. Ke fikir la kan, yg ditunggu tu makan steak tau.. bukan makan maggi :) Brape lama nak tggu daaaaa..

Ini dia, Wadihana Islamic Steakhouse Bangi
Blue Lagoon dgn ape agaknya satu lagi tu,. lupa dah..
Kat buku menu tu bole tgk bahagian yg nk pilih tu ye!
Yang ni senang tgk.. dah tau yg ni Ribs :)
Nampak sedap kn?

THE 1ST FULLY ISLAMIC STEAKHOUSE EVER IN BANDAR BARU BANGI with JAKIM halal certified. Ada masa nanti nak datang lagi.. Meh saya sharekan alamat. Senang korg nak carik nnt :)

25, Jalan Medan Pusat 2D, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia
03-8926 4546

[website]
*SELAMAT MENCUBA*

Wednesday, October 14, 2015

FOODS - Le Pasta De Pizza @ Bucida Court

Assalamua'laikum / Hello

Kali ni saya nak kongsikan satu kedai makan, Le Pasta De Pizza by Tasty Bites Kitchen yang terletak di Bucida Court, Sg. Penchala. Atau paling senang, LDP.. kalau dari PJ, IKEA sebelah kiri manakala Bucida Court sebelah kanan.

Kedai yang saya nak kongsikan ni, kedai lama tetapi kini sudah diambil alih oleh sepasang suami isteri iaitu Tasty Bites Kitchen. Kedua2 mereka ada bekas chef hotel. Si suami yang mmg pakar dalam Italian Foods, manakal si isteri pakar dalam membuat kek :D Mereka baru memulakan perniagaan sendiri. Tahniah, semoga maju jaya.

Ada live band dgn sound system yg baik :)
Antara menu yang disediakan. 
Churros ni serious sedap!
Saya bukan penggemar ayam, tp yg ni wajib try!!!
*SELAMAT MENCUBA*

Thursday, October 8, 2015

FOODS - Nasi Ganja @ Ipoh

Assalamua'laikum / Salam Sejahtera.

Pernah dengar nasi ganja? Bunyi memang macam 'sesuatu' sgt kan? Tapi rasanya ramai yang dah familiar dgn nasi ganja ipoh ni. Dikenali dgn nasi ayam merah jugak. Sape yang belum try tu bawak2 la try. Sedap woooo.. Serious cakap. Bukan macam nasi kandar biasa. Actually nasi vanggey tu adalah nasi yg sama tapi tak serupa. Serious!! Kalau ke Ipoh wajib try. Jangan salah kedai plak tau. Yang ni kedai original, terletak kat Jalan Yang Kalsom. Akhir entry nnt saya share alamat kedai ni.

By the way, kedai ni untuk yang tak racist ok? Sape racist tak sesuai kot. Sebab kat kedai ni, kedai.. meja.. smua share perlbagai kaum. Serioussss.. Hey brape bnyk serious daaaa.. Yang pastinya saya akan datang lagi.. datang lagi.. dan datang lagi..

Tadaaa.. ini la dia Nasi Ganja versi over sampai 2ketul ayam.
Bukan tamak ok.. Ini untuk elakkan dari teringat2 bila balik KL!
Pelbagai pilihan mcm kedai nasi kandar jugak.
Tapi ayam jugak yg menjadi idaman kalbu~
See.. ramai oranga tau. Sbb tu kena share2 meja.
Kedai Kopi Yong Suan. Time lunch hour mmg org beratur pnjg.

Alamat:
Yong Suan Coffee Shop, 2,
Jalan Yang Kalsom, 30250 Ipoh, Perak.

*SELAMAT MENCUBA*

Saturday, October 3, 2015

FOODS - Kedai Bawah Pokok Manggis, Kg. Gebok Matin

Good morning.

Jalan-jalan cari sarapan. Dari Bandar Rinching ke arah Mantin. Terjumpa satu kedai makan yang agak ramai pelanggan. Kedai yang terletak ditepi jalan, didalam kawasan rumah orang. Meja makan dikawasan open air (tak berbumbung) dibawah pokok manggis ;) Feeling mcm minum petang bawah pokok kat kampung. Pagi2 dah ada masakkan goreng panas2. Jom try mee goreng basah!

Baik2, takut buah manggis jatuh ke pinggan :D
Mee goreng basah


*SELAMAT MENCUBA*

Friday, October 2, 2015

FOODS - Restoran Terapung HM Sri Bagan @ Bagan Lalang

Assalamua'laikum / Hello.

Kali ni saya nak share kedai makan seafood area Bagan Lalang. Aktiviti yang tak terlalu heavy kali ni. Sekadar jalan2 petang, dari Semenyih ke Sepang. Sambil amek angin laut, sambil bergambar2. Mmg plan nak makan seafood pada sebelah malam. Planning yg terancang nmpknya. Lepas maghrib je terus ke restoran terapung yang terletak disebelah kanan dari pintu masuk, hujung sekali. Ada beberapa lg kedai makanan laut. Tapi kami saje nak try yang ni. Kalau pegi lewat sikit, kena menunggu la jawabnya.. sbb meja semakin penuh :) Ketam ketam ketammmm~

Pantai bagan lalang waktu petang
Amek angin petang
Yang ditunggu2, sunset :)
Lepas sunset, kita tengok langit senja
HM Sri Bagan nama restoran ni
Decor simple
Dah mula ramai orang datang utk makan malam
Semua menunggu pesanan sambil perut berkeroncong
Haaa ini dia yang dicari, tak pasti sekilo brape harga.. dah lupa
Lets eat!!
Ketam masak telur asin. Jgn tengok luaran.
Rupa mmg nmpk biasa, tp rasa dia mantap!
Udang butter prawn ni pun sedap! Serious ;)
Kalau pegi makan seafood tak ada pari bakar mmg tak lengkap
Kerang bakar ni pun size dia tak mengecewakan, kan?

Alhamdulillah, kenyang. Kami order simple2 je. Tak semestinya pegi makan restoran seafood kena perabis duit beratus2 kan? Kami makan 2org tak sampai RM100 pun :D Kot2 la ada yang bercadang nak celebrate ape2 dgn kawan ramai2 ke, big family ke kan.. Restoran ni accept credit card.


HM Sri Bagan
Bagan Lalang, Sungai Pelek, Sepang, Selangor
03-31412895
BUSINESS HOURS : 6pm - 1am


*SELAMAT MENCUBA*