Wednesday, March 12, 2014

RUMAH - Pintu Bilik & Pintu Dapur (Security Door)

 Assalammualaikum,

Last update haritu aku cerita pasal renovation dapur. Sekarang masih dalam renovation lagi. Bilik air pun dah adjust sikit untuk luaskan sikit dining area. Segalanya masih dalam renovation. Harap2 smuanya akan siap dengan baik. Alhamdulillah sebab pekerja kontraktor rumah kami tu boleh dikategorikan laju jugak kerja dia. Tak buang masa, cekap dan boleh berkongsi idea. Setakat ni memang puas hati. Cuma adala beberapa hal yang tak dapat macamana yang aku nak. Yang aku rasa boleh je kalau nak siapkan dulu. Tapi tak pe lah, ape boleh buat.. cakap banyak pun tak boleh. Hehehe..

Haritu kami dah pegi kedai pintu, untuk pilih pintu bilik 3, dengan pintu belakang. Pak cik kontraktor cadangkan untuk gunakan security door. Boleh tahan jugak harga dia. Tapi smuanya dah termasuk dalam total kos untuk renovation dapur. Memandangkan security door ni mmg nampak secure, so aku mmg rasa ok jugak la pintu ni. Cuma designnya mmg agak membosankan la. Bagi aku la, sbb aku sukakan sesuatu yang simple ;)


Ini security door display yang ada dekat kedai ni.
Pilihan untuk pintu bilik ;)
Okay, yang putih tu pilihan kami ;)


Security door tu dah selamat dipasang kat dapur kami. Boleh beli single atau pakej. Pintu ni mmg secure, sbb dia ada 9locks sekali kunci. Tak perlu pakai grill lagi. Bahagian tengah dia boleh bukak untuk ruang angin. Kedai yang kami beli lokasi dia dekat area Bandar Teknologi Kajang. Harga pakej dalam RM1.5k.

Ini 3locks yang bagaian tengah, dan pintu ni ada 6 lagi locks,
3bahagian atas, 3lagi bahagian bawah. (gambar google)
Tadaaaa.. ini dia pintu kami yang dah dipasang.
Okay, aku stop kat sini dulu. Nanti bila dah siap renovation bahagian dapur ni, aku update lagi detail pasal pintu security ni. Jumpa lagi~


*UPDATE

Tak pasti nama kedai dia apa.
016-2101359 / 016-2035819
Jalan Prima Saujana 1/1a, Prima Saujana, 43000 Kajang,Selangor

15 comments:

  1. Replies
    1. awak nak number kontraktor ke number kedai jual pintu ye?

      Delete
    2. Nak almt kedai boleh.tlg emel ke syahida83ster@gmail.com.no phone pon ok

      Delete
    3. Nak almt kedai boleh.tlg emel ke syahida83ster@gmail.com.no phone pon ok

      Delete
    4. Tak pasti nama kedai dia apa.
      016-2101359 / 016-2035819
      Jalan Prima Saujana 1/1a, Prima Saujana, 43000 Kajang,Selangor

      Delete
    5. yang ni alamat kedai makan kan ? bole tau tak alamat beli pintu tu kat mana cantik2 lah

      Delete
  2. Sis..tlg emelkan alamat kedai jual security door ni ke irdawaty78@gmail.com bleh?tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pasti nama kedai dia apa.
      016-2101359 / 016-2035819
      Jalan Prima Saujana 1/1a, Prima Saujana, 43000 Kajang,Selangor

      Delete
  3. salam sis. boleh kongsi contact pakcik kontraktor tu. sy pon nak buat dapur juga.

    ReplyDelete
  4. Boleh share no hpon kontraktor?

    ReplyDelete
  5. Boleh share no hpon kontraktor?

    ReplyDelete
  6. bole sy tau brp kos pintu warne putih tu siap cat n pasang ? tengah mencari pintu untuk bilik jg

    ReplyDelete
  7. Kontraktor ubahsuai rumah area selangor 0122528706

    ReplyDelete
  8. Yg minat silahubungi no
    Tlpon 0183224791

    ReplyDelete