Wednesday, March 12, 2014

RUMAH - Pintu Bilik & Pintu Dapur (Security Door)

 Assalammualaikum,

Last update haritu aku cerita pasal renovation dapur. Sekarang masih dalam renovation lagi. Bilik air pun dah adjust sikit untuk luaskan sikit dining area. Segalanya masih dalam renovation. Harap2 smuanya akan siap dengan baik. Alhamdulillah sebab pekerja kontraktor rumah kami tu boleh dikategorikan laju jugak kerja dia. Tak buang masa, cekap dan boleh berkongsi idea. Setakat ni memang puas hati. Cuma adala beberapa hal yang tak dapat macamana yang aku nak. Yang aku rasa boleh je kalau nak siapkan dulu. Tapi tak pe lah, ape boleh buat.. cakap banyak pun tak boleh. Hehehe..

Haritu kami dah pegi kedai pintu, untuk pilih pintu bilik 3, dengan pintu belakang. Pak cik kontraktor cadangkan untuk gunakan security door. Boleh tahan jugak harga dia. Tapi smuanya dah termasuk dalam total kos untuk renovation dapur. Memandangkan security door ni mmg nampak secure, so aku mmg rasa ok jugak la pintu ni. Cuma designnya mmg agak membosankan la. Bagi aku la, sbb aku sukakan sesuatu yang simple ;)


Ini security door display yang ada dekat kedai ni.
Pilihan untuk pintu bilik ;)
Okay, yang putih tu pilihan kami ;)


Security door tu dah selamat dipasang kat dapur kami. Boleh beli single atau pakej. Pintu ni mmg secure, sbb dia ada 9locks sekali kunci. Tak perlu pakai grill lagi. Bahagian tengah dia boleh bukak untuk ruang angin. Kedai yang kami beli lokasi dia dekat area Bandar Teknologi Kajang. Harga pakej dalam RM1.5k.

Ini 3locks yang bagaian tengah, dan pintu ni ada 6 lagi locks,
3bahagian atas, 3lagi bahagian bawah. (gambar google)
Tadaaaa.. ini dia pintu kami yang dah dipasang.
Okay, aku stop kat sini dulu. Nanti bila dah siap renovation bahagian dapur ni, aku update lagi detail pasal pintu security ni. Jumpa lagi~


*UPDATE

Tak pasti nama kedai dia apa.
016-2101359 / 016-2035819
Jalan Prima Saujana 1/1a, Prima Saujana, 43000 Kajang,Selangor

Thursday, March 6, 2014

IDEAS - Dapur Berangan

Assalammualaikum,

Actually aku sebenarnya berangankan dapur ala2 country/rustic/english look dan seangkatan dengannya. Aku tak berapa suka yang ala2 modern/elegant/kaya ke ape ke. Hahahaha.. I just love a lovely simple kitchen. Just like me <3<3<3


<3<3<3
Suka tingkap dengan langsir comel tu ;)
Dinding bawah tingkap yang tinggi supaya tak kena air ;)
Aku suka yang mcam ni. Dapat yang lebih kurang macam ni pun tak pe la. Sebab susah kita nak customize smua ni kat malaysia ni. Ada je yang kata tak cantik, tak boleh, tak sama rumah orang lain. Kenapa perlu nak sama dengan rumah orang lain? Rugilah jadi Designer kalau setiap idea kita orang cakap tak sama. Designer memang tak suka yang sama. Kalau dah semuanya sama, itu bukan design, it pattern nama dia.

Tapi tak pe, yang tu aku tak boleh nak cakap lebih2 sebab smua tu rumit. Just kalau boleh, aku suka yang dinding bawah tingkap tu tinggi macam dorang buat ni. Bagi aku, supaya air basuhan dari sinki tu takan kena pada frame tingkap tu. Walaupun kontraktor kata boleh letak tiles, boleh lap, buat ape nak buat benda tu kalau bole tinggikan je dan tak perlu lap. Rite? So skang dapur tu dah tinggi dah kat bahagian tu, nanti dah siap aku tunjuk k? :)

RUMAH - Renovation Rumah (Part 2)

Assalammualaikum, 

Haaa.. Dapur rumah aku dah hampir nak siap :) Dah ada dinding dah. Tak sabar rasanya nak tgk bila dah siap nanti. Tak sabar nak tgk finishing nanti. Alhamdulillah smuanya berjalan lancar. Free nanti aku update lagi. Excited terkawal lagi ni. Hahahaha..


Tingkap dapur.
Hubby dengan pak cik kontraktor kami ;)
Perkeja terus gigih berkerja.

Tuesday, March 4, 2014

RUMAH - Renovation Rumah (Part 1)

Assalammualaikum,

Untuk sesiapa yang beli rumah teres 2nd hand dan berhajat nak buat renovation. Mungkin ada yang boleh ambil info dari sini. Tapi mungkin takkan 100% sama. Contohnya macam, kalau taman yang korang beli tu taman baru, mmg kena sewa tong sampah besar tau. Tapi kami, kami beli rumah di taman lama, so tak sewa tong sampah besar tu pun tak jadi hal la kot. As long as tak ada sape yang report. Kena la pandai2 jaga hati jiran2 sekeliling. Jangan blok jalan orang, jalan kacau area orang, inform jiran2 bagitau nak buat renovation. InsyaAllah takkan ada masalah ;) Jom aku share rumah yang kami beli. Tak ada la teruk sangat, just a basic house. Jadi, kami merancang untuk retouch rumah ni sebelum kami pindah :)


Bahagian depan rumah ;)
Harap2 lepas ni semua jadi cantik ;)
Batu2 pasir2 smua dah penuh kat depan ni ;)
Simen encik panda ;)
Bahagian dapur yang kecik, nanti akan jadi besar sikit ;)
View dari belakang rumah, pagar dawai dah dicabut ;)
5kaki x 20kaki ruang untuk extend ;)
Nanti dah tak pakai pintu tu, kami akan guna security door.. Tunggu~
Besi pagar lama, ni kontraktor boleh jual kat kedai besi buruk :p
Haaaa.... kawan2 Chuteh dah tunggu dah ni~
Dalam masa 3minggu lebih, InsyaAllah pak cik kontraktor tu kata boleh siap. Tak sabar nak tunggu semua ni siap~ Seronok2 jugak, duit nak kena carik jugak. Hahahaha.. Alahaiii.. Ya Allah Ya Tuhan ku, permudahkanlah urusan kami~ Amin.... Tunggu update seterusnya~

RUMAH - Bunga Lalang

Assalammualaikum,

Sibuk merenovate rumah, lalang2 dah meninggi. Tanah sekangkang kera tak terusik lagi. Tak dapat nak kerjakan tanah dekat laman tu sebab penuh dengan kayu besi smua. Nanti free aku update lagi. Memandangkan bunga2 lalang banyak, kasi cabut satu satu. Bukan nak buat ape pun. Saje tangan tak boleh dok diam ;)

Bunga lalang dipagi hari (kuncup)
Bunga lalang ditengahari (kembang)

Sunday, March 2, 2014

RUMAH - Anai-anai

Assalammualaikum,

Kali ni aku nak share pasal pest control services. Actually rumah yang kami beli ni ada kesan anai2. Tapi untuk keselamatan dan tak nak tanggung risiko sebab tentera anai2 ni, kami tekad untuk racun anai2. Kami pilih untuk gunakan service tembak dalam tanah untuk hapuskan anai2 kalau2 masih ada lagi. 

Kami dah survey kebanyakkan harga dalam RM1.4k ada yang RM1.6k. Memandangkan kami kenal orang yang buat service pest control ni melalui kawan, so kami dapat harga best :) Kontrak akan dibuat, yang mereka akan datang untuk check setiap setahun dalam masa 3tahun. Harap2 mmg dah tak ada la encik anai-anai ni smua. InsyaAllah ;)

Ok ini tentera anai-anai yang menjadi perosak.
1st dorg akan tebuk lantai rumah walaupun ada tiles.
Gambar kiri : tiles yang dah di tebuk.
Gambar kanan : lantai yang tak ada tiles ditebuk.
Lebih kurang sekaki jarak antara lubang yang ditebuk.
Nasib baik ada paip air dekat luar rumah ;)
Ini peralatan untuk kerja-kerja ni.
Last, lepas ditembak racun ke dalam lubang2 yang dah ditebuk,
dorg akan tutup lubang tu dengan simen ;)
* Sorry sbb tak de gambar time tembak racun tu,

tp yang benda merah dalam gambar ni la
alat untuk tembak masukkan racun dalam lubang2 tu.