Friday, February 28, 2014

RUMAH - Hood & Hob Warehouse Clearance

Assalammualaikum,

Haritu husband ajak pegi jualan gudang dekat Kepong. Dia ada terbaca dalam surat khabar iklan warehouse clearance untuk alatan eletrik. Kami memang tengah mencari-cari hood dengan hob untuk rumah kami. Walaupun rumah belum start renovate, at least barang2 dah ada. Sampai masa nanti terus pasang je kan? Time tu tak de la kalut2 nak pegi beli barang.


Warehouse Clearance 22&23 Feb 2014

So kami pun pegi la mencuba nasib kalau2 ada hood & hob yang murah. Mula2 sampai tanya kat orang tu kata dah habis untuk harini punya, tinggal stocks untuk esok. Ntah ape2, dah orang nak beli.. bole pulak suruh datang esok. Jauh tau kami datang, dari Cheras ke Kepong. Tapi hubby still tak puas hati, tunggu jugak depan gudang tu. Tanya2 orang situ. Tanya punya tanya kat dorang, skali orang store tu cakap nak kluarkan lagi stocks hood & hob. Kannnn.. malu bertanya sesat jalan. Rajin bertanya ada untungnya :)


ELBA Designer Hood Covo669/90GP
ELBA Glass Hob EGH-9120X

Dan akhirnya kami berjaya membeli hood & hob Elba dengan harga yang sangat berbaloi. Total hood & hob ni RM7++. Harga kat kedai kalau dua barang ni maybe dalam lingkungan RM1.5k. Murah kan? Puashati. Model lama ke model baru ke no problem. Tapi warranty 6 bulan je la. Harap2 takkan ada masalah nnt. Harap2~ Janji barang elok, harga murah, tak hebat mana pun tak apa asalkan boleh digunakan. Bukan aku masak lauk catering pun macam masak beriye. Siang keje, malam dengan weekend je la masak. Alhamdulillah. Tapi setakat ni, Elba salah satu brand yang tahan jugak aku rasa.


So bagi sesiapa yang berpendapat macam aku, yang jenis tak banyak cerewet, yang suka ukur baju dibadan sendiri, bole la try pegi warehouse sale ;) Mana la tau kot2 jumpa barang2 yang nak. Ada jodoh, panjang umur la barang2 tu walaupun dari warehouse clearance~ Jumpa lagi~!!

Wednesday, February 26, 2014

RUMAH - Dapat Kunci Rumah

Assalammualaikum,

Alhamdulillah. Syukur. Terima kasih Tuhan yang Maha Mendengar. Setiap hari kami tak putus2 berdoa. Moga dipermudahkan segala urusan jual beli rumah ni.

Dah berapa kali jugak kami cuba mintak pertolongan lawyer untuk dapatkan kunci dari owner rumah. Tapi lawyer cakap owner rumah tetap nak tunggu selesai semua urusan sampai dorang dapatkan cheque. Haihh.. susah lah kami. Sebab kami nak renovate dulu rumah sebelum masuk.  Nak renovate je dah makan masa brape bulan. Once 1st cheque dah lulus, pembeli dah start kena bayar. So, jenuh la kami nak bayar 2 rumah setiap bulan. Lawyer cakap, dan setahu kami sepatutnya dan kebiasaannya owner rumah akan bagi dah kunci rumah lepas dah buat pembayaran 10% deposit rumah. Tapi owner ni.. 'keras sungguh hatimu Roy!' 

Doa tetap doa. Alhamdulillah Tuhan mendengar :) Lawyer call hubby bagitau ada berita baik. Owner nak bagi kunci rumah~ Sebabnya, owner tak nak bayar cukai tanah. Bukan banyak pun, RM50. Owner nak suruh kami bayar, tapi lawyer cakap tak boleh sebab kami tak ada kunci rumah. Dan disebabkan itulah, owner bagi kami kunci. 'Kesian kat kami katanya'. Ye la tu. Ape2 pun, Tuhan dah bantu kami. Syukur :) 


Hubby muka happy dapat dah kunci rumah :)

Friday, February 21, 2014

IDEAS - Ruang Tamu Berangan

Assalammualaikum,


Lepas dah dapat beli rumah ni, sama macam orang lain, kami turut sama berangan bagai2 untuk cantikkan rumah ni. Lain orang lain minatnya. Macam aku, aku suka warna2 lembut dan warna2 sejuk. Paling tak suka warna2 panas contohnya merah atau oren. 

Berangan tak salah kan? Ni adalah beberapa gambar yang aku berangankan. Walaupun aku dah dapat rasakan yang ruang tamu rumah aku takkan dpt jadi macam ni sbb Malaysia dan oversea tak sama beb :) Khas untuk ruang tamu kecik macam rumah kami.


Sekadar berkongsi minat, mungkin boleh membantu korang2 smua untuk berangan sekali. Mana la tau kot2 ada betul2 dapat transform living room korang jadi mcam ni :) Adios! 

RUMAH - Rumah Pertama

Assalammuailakum,


Harini aku nak kongsi cerita tentang Rumah Pertama. Kami baru je beli rumah pertama kami. Setelah mcm2 penglamanan kehidupan kami pindah randah. Akhirnya kami diberi peluang beli rumah sendiri.

Kami mula mencari2 rumah dari tahun lepas. Hubby beli rumah ni 2013, 3tahun usia perkahwinan dan dapat memilikinya tahun ni 2014, 4tahun usia perkahwinan. Kami jumpa rumah yang kami beli ni di Mudah.my. Actually ada beberapa rumah yang menjadi pilihan. Dan ada yang hubby dah hampir2 lulus loan, tapi terlepas kat tangan orang lain. Ada yang 1 tingkat, ada yang 2 tingkat tersenarai dalam budget pilihan kami. Kami mmg merancang Seksyen 4, Bandar Rinching (Daerah Semenyih) untuk penempatan baru untuk kami. Jadi mmg kami fokus carik rumah2 kat situ dalam budget RM100k-RM300k.

Antara pilihan kami:
RM165k - Rumah endlot, ada tanah belah tepi dlm 5kaki (terlepas kat orang lain)
RM200k - Rumah endlot, tak ada tanah kat tepi tapi (rumah dah renovate banyak)
RM270k - Rumah 2 tingkat endlot (tanah luas kat tepi, boleh buat rumah sebijik lagi)
RM150k - Rumah 1 tingkat intermediate (depan padang, dekat dengan surau)

Dan akhirnya kami pilih rumah intermediate 1 tingkat  depan padang dekat dengan surau. Yang ni owner nak RM150k tapi lepas negotiate owner bagi RM140k. Rumah agak teruk sebab kesan anai-anai. Mmg basic house, tak ada renovation apa2. 

Inilah pilihan hati kami :) Kecil, sederhana tapi kawasan yang selesa.

Tunggu post selanjutnya untuk lihat kami 'mentransformkan' rumah comel ni :) Bagi aku, kecil dan sederhana sudah memadai walaupun mampu untuk beli rumah yang lagi best. Buat apa kerja bertungkus lumus semata2 untuk bayar rumah dan kereta mahal sedangkan lebihan tunai gaji setiap bulan kekurangan sampai tak ada duit simpanan untuk kecemasan atau sakit yang kita tidak akan tahu bila akan tiba. Jadi.. memadailah :)

Syukur Tuhan. Terima kasih Tuhan.

My Husband

<3<3<3

Thursday, February 20, 2014

Assalammualaikum

Aku suka 'memblogkan'sesuatu yang aku rasa orang jugak mahu tahu. Jadi, blog ini sekadar untuk berkongsi apa yang aku tahu, melalui apa yang aku lalui. Mungkin aku akan berkongsi tentang harian aku? tentang masakkan? tentang food hunting? tentang info kesihatan? tentang pembelian rumah? tentang decor? Apa saja~ So lets start! 

Bismillahirrahmanirrahim

'Bismillahirrahmanirrahim'
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :)