Wednesday, April 30, 2014

RUMAH - Lampu LED (part 2)

Assalammualaikum,

Ha meh aku nak tunjuk lampu LED yang kami beli. Harga around RM500-RM300. Ada beberapa size. Korang kena pegi tengok sendiri kat kedai2. Dah banyak kedai jual lampu LED. Kami suka lampu ni sebab dia akan jd effect kat syiling sampai ke dinding kalau guna mentol LED tu.
Dalam gambar ni mmg nampak suram sket sbb camera henfon je ;)
Beza antara mentol, adalah mentol biasa, pastu mentol LED yang energy saving, dan satu lagi adalah mentol LED yang dapat jadikan effect kat syiling. Yang sebelah kanan tu yang kami guna. Sebiji harga lebih kurang RM30. Kalau rajin jalan2, mesti ada jumpa yang lagi murah. Hehhehe.. Korang boleh nmpk kan perbezaan bahagian dalam dia. Ada LED kecil2 dalam tu.
Ok lah, harap dapat membantu korang. Ada banyak jenis mentol. Kalau silap beli, nnt lampu korang tak de effect kat syiling. Nnt tak dramatik sangat la ruang tamu korg. Hahahha.. Good luck! Just sharing~

RUMAH - Lampu LED (part 1)

Assalammualaikum,

Yeay!! Akhirnya kami jumpa jugak lampu cantik untuk ruang tamu rumah kami. Tak terlalu mahal, tapi menggembirakan hati. Hehehe.. Lampu LED, boleh tukar2 warna atau style. Lampu ni kena guna mentol LED. Kalau korang tak tau, mentol LED tu. Baca sampai habis, nnt aku terangkan pasal mentol LED tu.
Ok yang ni pilihan hati kami ;)
yang bentuk cylinder, harga around RM500-RM300
Ok yang ni pilihan hati saya,
hehehe.. muka penat dah bnyk kluar duit ;) <3

Mego Lighting

RUMAH - Pemanas Air Bilik Mandi (Bathroom Water Heater)

Assalammualaikum,

Entry lepas aku cerita pasal Kedai Houses Lightings kat puchong tu kan? Jgn ingat kedai tu ada lampu je tau. Siap ada jual bathroom water heater lagi. Kami dah survey beberapa kedai, kami anggarkan kat kedai dorang ni murah jugak harganya. So kami beli kat sini je. Brand Alpha. Setakat ni pakai mmg ok je.

Kami beli yang ni, ada pump sekali ;

RUMAH - Lampu Rumah

Assalammualaikum,

Ok kali ni, aku nak share kat mana nak carik nak beli lampu rumah. Kami ada jugak la jalan2 cari lampu untuk ruang tamu, untunk dining area sekali. Hasrat dihati nak jugak la pakai 1 atau 2 lampu cantik. Takkan nak hadap lampu kalimantang je kan? Ape salahnya 1 atau 2 untuk sedap mata memandang :) 

Kedai ni pun kami jumpa kat blog2 blogger. Ramai yang suggest kedai ni. Banyak pilihan, harga pun boleh tahan. Banyak jugak yang murah2. Kalau mahal pun, mmg bersesuaian la dengan design atau material yang digunakan. Sila jadi pengguna bijak. Jgn bila orang ckp kedai tu murah, otak kita dah setting murahhhh je smua dlm tu. Kena la berpada2 sket kot ye pun nak carik yang murah.

Boleh cuci mata atau carik idea dengan beberapa lampu yang aku share ni. Kot2 la dapat membantu korg ;)

Keadaan dalam kedai (hari Ahad)
Lampu-lampu~
Aku suka ni, ada effect ;) Murah je!


Tengok effect dia, cuba bayangkan kalau kat luar rumah!


Ha kami beli yang ni untuk dining area ;)



Cantik ada effect untuk luar rumah ;)





Houses Lightings Enterprise

Alamat : No. 33-35, Jalan BPU 6, Bandar Puchong Utama, Puchong,
               47100, Puchong, Selangor.
Phone : 03-5882 3790

Monday, April 21, 2014

RUMAH - Jubin / Tiles

Assalammualaikum,

This entry i would like to share with u guys pasal jubin/tiles. Ada beberapa kedai yang kami pegi untuk cari tiles. Kebanyakkannya dekat jalan reko, kajang. Korang boleh carik tiles sepanjang jalan reko tu. Salah satu adalah kedai yang aku nak share ni. Nama kedai ni Chye Leong. Siap ada gudang skali tepi tu. Kedai ni berhampiran dgn flyover petronas jalan reko.


Ada banyak lagi kedai2 lain sepanjang jalan reko untuk sesiapa yang nak cari tiles. Kena la survery setiap kedai tanya harga tengok design. Kedai yang lain kami ada jugak pegi tapi tak menyempat nak snap gambar sebab sibuk sangat nak pilih design ;) Hope sedikit sebanyak akan tolong korang. Kat bawah ni gambar kontraktor tengah pasang tiles kat dalam bilik rumah kami.

Wednesday, March 12, 2014

RUMAH - Pintu Bilik & Pintu Dapur (Security Door)

 Assalammualaikum,

Last update haritu aku cerita pasal renovation dapur. Sekarang masih dalam renovation lagi. Bilik air pun dah adjust sikit untuk luaskan sikit dining area. Segalanya masih dalam renovation. Harap2 smuanya akan siap dengan baik. Alhamdulillah sebab pekerja kontraktor rumah kami tu boleh dikategorikan laju jugak kerja dia. Tak buang masa, cekap dan boleh berkongsi idea. Setakat ni memang puas hati. Cuma adala beberapa hal yang tak dapat macamana yang aku nak. Yang aku rasa boleh je kalau nak siapkan dulu. Tapi tak pe lah, ape boleh buat.. cakap banyak pun tak boleh. Hehehe..

Haritu kami dah pegi kedai pintu, untuk pilih pintu bilik 3, dengan pintu belakang. Pak cik kontraktor cadangkan untuk gunakan security door. Boleh tahan jugak harga dia. Tapi smuanya dah termasuk dalam total kos untuk renovation dapur. Memandangkan security door ni mmg nampak secure, so aku mmg rasa ok jugak la pintu ni. Cuma designnya mmg agak membosankan la. Bagi aku la, sbb aku sukakan sesuatu yang simple ;)


Ini security door display yang ada dekat kedai ni.
Pilihan untuk pintu bilik ;)
Okay, yang putih tu pilihan kami ;)


Security door tu dah selamat dipasang kat dapur kami. Boleh beli single atau pakej. Pintu ni mmg secure, sbb dia ada 9locks sekali kunci. Tak perlu pakai grill lagi. Bahagian tengah dia boleh bukak untuk ruang angin. Kedai yang kami beli lokasi dia dekat area Bandar Teknologi Kajang. Harga pakej dalam RM1.5k.

Ini 3locks yang bagaian tengah, dan pintu ni ada 6 lagi locks,
3bahagian atas, 3lagi bahagian bawah. (gambar google)
Tadaaaa.. ini dia pintu kami yang dah dipasang.
Okay, aku stop kat sini dulu. Nanti bila dah siap renovation bahagian dapur ni, aku update lagi detail pasal pintu security ni. Jumpa lagi~


*UPDATE

Tak pasti nama kedai dia apa.
016-2101359 / 016-2035819
Jalan Prima Saujana 1/1a, Prima Saujana, 43000 Kajang,Selangor

Thursday, March 6, 2014

IDEAS - Dapur Berangan

Assalammualaikum,

Actually aku sebenarnya berangankan dapur ala2 country/rustic/english look dan seangkatan dengannya. Aku tak berapa suka yang ala2 modern/elegant/kaya ke ape ke. Hahahaha.. I just love a lovely simple kitchen. Just like me <3<3<3


<3<3<3
Suka tingkap dengan langsir comel tu ;)
Dinding bawah tingkap yang tinggi supaya tak kena air ;)
Aku suka yang mcam ni. Dapat yang lebih kurang macam ni pun tak pe la. Sebab susah kita nak customize smua ni kat malaysia ni. Ada je yang kata tak cantik, tak boleh, tak sama rumah orang lain. Kenapa perlu nak sama dengan rumah orang lain? Rugilah jadi Designer kalau setiap idea kita orang cakap tak sama. Designer memang tak suka yang sama. Kalau dah semuanya sama, itu bukan design, it pattern nama dia.

Tapi tak pe, yang tu aku tak boleh nak cakap lebih2 sebab smua tu rumit. Just kalau boleh, aku suka yang dinding bawah tingkap tu tinggi macam dorang buat ni. Bagi aku, supaya air basuhan dari sinki tu takan kena pada frame tingkap tu. Walaupun kontraktor kata boleh letak tiles, boleh lap, buat ape nak buat benda tu kalau bole tinggikan je dan tak perlu lap. Rite? So skang dapur tu dah tinggi dah kat bahagian tu, nanti dah siap aku tunjuk k? :)

RUMAH - Renovation Rumah (Part 2)

Assalammualaikum, 

Haaa.. Dapur rumah aku dah hampir nak siap :) Dah ada dinding dah. Tak sabar rasanya nak tgk bila dah siap nanti. Tak sabar nak tgk finishing nanti. Alhamdulillah smuanya berjalan lancar. Free nanti aku update lagi. Excited terkawal lagi ni. Hahahaha..


Tingkap dapur.
Hubby dengan pak cik kontraktor kami ;)
Perkeja terus gigih berkerja.

Tuesday, March 4, 2014

RUMAH - Renovation Rumah (Part 1)

Assalammualaikum,

Untuk sesiapa yang beli rumah teres 2nd hand dan berhajat nak buat renovation. Mungkin ada yang boleh ambil info dari sini. Tapi mungkin takkan 100% sama. Contohnya macam, kalau taman yang korang beli tu taman baru, mmg kena sewa tong sampah besar tau. Tapi kami, kami beli rumah di taman lama, so tak sewa tong sampah besar tu pun tak jadi hal la kot. As long as tak ada sape yang report. Kena la pandai2 jaga hati jiran2 sekeliling. Jangan blok jalan orang, jalan kacau area orang, inform jiran2 bagitau nak buat renovation. InsyaAllah takkan ada masalah ;) Jom aku share rumah yang kami beli. Tak ada la teruk sangat, just a basic house. Jadi, kami merancang untuk retouch rumah ni sebelum kami pindah :)


Bahagian depan rumah ;)
Harap2 lepas ni semua jadi cantik ;)
Batu2 pasir2 smua dah penuh kat depan ni ;)
Simen encik panda ;)
Bahagian dapur yang kecik, nanti akan jadi besar sikit ;)
View dari belakang rumah, pagar dawai dah dicabut ;)
5kaki x 20kaki ruang untuk extend ;)
Nanti dah tak pakai pintu tu, kami akan guna security door.. Tunggu~
Besi pagar lama, ni kontraktor boleh jual kat kedai besi buruk :p
Haaaa.... kawan2 Chuteh dah tunggu dah ni~
Dalam masa 3minggu lebih, InsyaAllah pak cik kontraktor tu kata boleh siap. Tak sabar nak tunggu semua ni siap~ Seronok2 jugak, duit nak kena carik jugak. Hahahaha.. Alahaiii.. Ya Allah Ya Tuhan ku, permudahkanlah urusan kami~ Amin.... Tunggu update seterusnya~